Friday 22 June 2012

Masa Ibarat EMAS?

Masa yang berlalu tak boleh di undur lagi. Macam mana kamu boleh kata MASA ITU IBARAT EMAS? Emas pun boleh di pajak-pajak. Masa yang berlalu, mampu ke pergi cari di kedai pajak?
Kalau mesin masa tu wujud macam dalam cerita MIB tu, akan aku kembali ke setiap minit yang telah aku sia-sia kan. Walau aku terpaksa terjun dari bangunan setinggi itu pun aku sanggup... (cakap berani..,cer buat tengok)

Tidak ada apa-apa yang boleh di ibaratkan dengan masa. Aku ngaku, masa itu sangat berharga. Ok, macam usia kita jugak, usia yang muda tak kan boleh di kembalikan betul? Zaman kanak-kanak main hula hoop dulu cuma akan tinggal dalam kenangan betul? Walau anda mampu beli kapal selam pun anda tak mungkin dapat beli masa.
'Masa' kalau di gabung dengan 'lah' maka akan menjadi 'MASALAH'. Jadi jangan sesekali mencari masalah, cari lah masa. Aku sebagai manusia biasa pun selalu lalai dengan masa. Time management aku is really suck. I admit lah.. Aku perlu someone to teach me how to not waste my masa. 
Masa tak mungkin akan tunggu kita, tapi siapa kata kita tak boleh kejar masa? Tak perlu beri masa untuk berubah, tapi beri lah PELUANG.

Monday 18 June 2012

Berdamai lah...

"apa pegangan kamu?"
"maksud?"
"kepercayaan kamu?"
"tuhan?"
"kamu percaya tuhan?"
"ya...tp mungkin mereka tidak"
"siapa yg suruh kamu percayakan tuhan?"
"ibu.., ayah..,hati ini kuat menyatakan tuhan itu wujud"
"apa yg ibu dan ayah kamu katakan tentang tuhan?"
"tuhan itu menyuruh kebaikan dan menidakkan kejahatan"

Siapa kita, dari mana kita datang, apa asal-usul kita, apa warna kulit kita, dan walau apa pun kepercayangan dan pegangan hidup kita, tiada kita yg di ajar untuk mengikut kejahatan. Jadi kenapa kita masih mahu membezakan antara manusia? Bagi aku manusia itu hanya ada dua, manusia yang membuat kebaikan dan manusia yang berbuat jahat. 


Tidak adil jika kita sebagai manusia hanya mendekati mereka yang punya rupa sama seperti kita (agama, bangsa, warna kulit, darjat). Semua orang ada hak yang sama. Beri lah peluang. 


BERDAMAI LAH.. Hidup itu akan menjadi lebih indah.
InsyaAllah...

Sunday 17 June 2012

Homesick

kenapa ye kalau kita x buat apa2 masa tu pun seolah berenti jugak mcm kita...
tp kalau kita busy sama jugak dgn masa tu busy sangat berjalan..,

setiap hari aku tunggu,, why n whyyy lah?? masa mcm tanak bergerak je
flight ticket pun dah print (mesti ayah bangga selepas setiap hari di call oleh beliau suruh print),
and aku sgt2 rindukan Penang tu...
Lantak la deorang2 nak cakap aku lupa tempat asal ke whatever,
hakikatnya,,di situ org2 yg aku sayang sekarang
maka di situ jugak la hati aku melayang

every single day mak akan call sekarang nie..,
actually mmg tiap hari mcm tu..,dr dulu zaman sekolah sampai sekarang zaman ber universiti
(sayang mak..hihi)
ok pastu ayat mak yg paling x boleh blah ialah
'dikda bila nak balik?'
'awat mak..? kan tiket dikda 19 haribulan ni..'
'oo..sungguh jugak,,ni mak tunggu dikda balik,nak bg keja ni'
'keja pa...? kan dikda cuti..'
'balik cuti sehari, lepas tu keja na...hehe,, dua kedai dok tunggu..pilih nak jaga yg mana'
'apaaaa....?? pasai pa dikda yg kena...? cuti tu...., CUTI la mak'
'oh tak dak-tak dak,,mana buleh balik dok menyenang saja, bila lg nak dapat pekerja FREE,, masa nie la mak nak ambik peluang...hehehe'
oooo mak.....pandai buat rancangan ea..,dikda belum sampai penang lg dah mcm2 menunggu rupanyee

ooh rindu lah nak dengar mak punya plan lg
ada jer idea dlm kepala dia
rindu nak tgk ayah tido kat sofa
rindu nak gaduh2 manje dgn kakcik
rindu nak berebut remote tv dgn qayyum
rindu nak jadi baby sitter si kecik qisya
and of coz rindu nak ber dating dgn buah hati

mmg hati aku dah melayang jauh ke penang nie
tp....itu bkn maksudnye sabah ni x best
i LOVE my kawan2 baik di sini
sayang korang sangat2...semester depan kita ber gilak lg di UMS okeh darlink!