Thursday 26 March 2015

Puisi Si Bodoh

Kaku.
Aku kaku tanpa kata.
Terdiam umpama bisu.

Suara hati;

Aku hanya si busuk yg cuba bermandi kasturi.

Tumpang teduh 
Tumpang kasih

Mengangguk umpama diketuk.
Maruah diludah demi kasturi.
Kasturi bercampur racun.

Hati pergi 
Jiwa lari
Jasad tinggal sendiri


Sunday 10 August 2014

Mr. GELI... go away!

al kisah mak ayah a.k.a. beliau ku baru pindah rumah. masuk rumah baru, jadi 1st owner pulak. penuh lah rumah dengan Mr GELI sekalian. nak sebut nama sebenar pun tak sanggup. eeyu!! OK sebut lah sekali, penghuni lebih awal rumah tu ialah encik lipas. fuh dah fullstop titik. tak mau ingat dah! baru jer kejap tadi masuk toilet dengan penuh hajat nak ditunaikan, sibuk pulak benda alah tu mengekor. memang lari lintang pukang ah! 
sampai bila nak macam ni ha?? kita memang tak kan dan tak mungkin jadi bespreng! syuhh jauh-jauh dari hidup aku. teringat cerita dua tahun lepas... masa tu aku kat sabah lagi, selalu la hang out lelayan muvie dengan bespreng yang macam kembar siam aku kat sana tu. (i wish he know that i miss him damn much) OK berbalik cerita, kita lelayan muvie overnite.. siang-siang ada masa free tak nak pegi. tu la cari penyakit. time tu kita pegang title student, hidup pulak di perantauan, menumpang kereta orang la keja. masa syok-syok cerita pasal muvie yang baru habis nonton (situasi di dalam kereta bespreng) tiba-tiba ja Mr. GELI tu pi show off betul-betul cantik kat depan aku. lol kereta bespreng ternak benda tu. aku dah tau dah, tapi tak payah la nak ikut join kitorang bersembang. OK member tengah drive. control gabra. rilek. lek... lek... 
"wei.. wei,,. wei... tu. tu. tu." (suara ketar)
"apa? apa? apa?"
"tu depan aku. na naa naa dia jalan nak gi stereng"
"apa?!"
"tuuu......" (sambil tunjuk kat benda tu)
ngam-ngam kereta lalu bawah lampu. member nampak! kemudian...
HAAAAAAA.... HAAAAAAAAA...... HAAAAAAAA.....
Zaaaassssss...... dia terus parking mengejut kat tepi jalan.
pastu lari keluar kereta. aku confirm follow.
cis. boleh tahan dia punya takut. ingat aku sorang je tadi.
never ever forget that story. 

Thursday 30 May 2013

segi-segi cinta

pernah dengar cinta tiga segi? dah biasa sangat kan...
tapi kalau cinta empat segi? atau bersegi-segi? luar biasa tu.
kebiasaan kita tau cinta tiga segi nie bila satu pasangan/couple nie tetiba di ganggu gugat orang ketiga ye dak? mean ada orang ketiga yang cuba nak merampas si makwe atau si pakwenye lah.
tapi cinta empat segi nie boleh jadi macam2, satu contoh ialah sorang perempuan nie yang tengah asyik bercinta dengan boipren nya tetiba boleh terjatuh hati pulak dengan laki lain secara tak sengaja.
nak jadi cerita, laki lain nie pulak boleh terpaut jugak kat pompuan nie, lagi best bila laki lain nie pun dah ada yang punya.
adoi pening... pening...
bila masing-masing dah ada yang punya, tapi tetap hati tu membuak-buak teringat satu sama lain jugak, maka terjadi lah 'skandal'.
tue lah namanye cinta empat segi.
biasa orang nampak jahat, dah masing-masing ada boipren gerlpren pun gedik nak ada hubungan dengan orang lain lagi, tapi kadang-kadang kita tak tau, hati tak boleh jangka, daripada niat nak kawan jer, boleh pulak terpaut hati.
tapi salah tetap salah lah.


abang johnny kite cakap memang senang, pilih pasangan yang kedua, tapi bukan senang nak jadi senang kan, kalau tak berani tanggung risiko hilang boipren/gerlpren anda, jangan coba-coba nak mencoba yer.

ada satu movie sama alkisahnya dengan cinta empat segi nie...

KABHI ALVIDA NAA KEHNA

memang berderai airmata tengok movie nie, paham-paham la kalau hindustan tue kan.
movie nie sebagai contoh, dua pasangan nie dah pun berkahwin, tapi boleh jugak terjebak dengan cinta empat segi nie, tapi yelah hubungan mana tak dilanda badai kan, bila dah terjebak, baru lah masing-masing sedar kekurangan yang ada dalam rumahtangga dorang.
kesimpulannya, cari lah pasangan yang betul-betul mengena di hati, nak hidup sama-sama nie bukan sekejap, kalau dah terjebak dengan situasi sebegini, cari lah jalan keluar terbaik.

# pesanan untuk diri sendiri jugak.

Saturday 6 October 2012

Kerana CINTA itu Sempurna.

Berilah hati pada yang sudi. Cinta lah kekasih seperti mencintai diri.
Terima dia seadanya. Seperti mana dia menerima kita dengan sepenuh hatinya.

Buku Cinta; Diari perjalanan hidup kau dan aku. Hanya KAU dan AKU. 
Jangan biarkan yang lain merampas buku ini, jaganya ibarat menjaga nyawa.

Mencintai kekasih bererti mencintai kisah silamnya juga. Jangan meminta yang sempurna, kerna lahirnya bukan semalam. Jadikan dia sempurna. Buat dia rasa sempurna. Kerana CINTA itu sempurna.









Thursday 5 July 2012

yang kaya terus kaya

'lahir dalam sebuah keluarga yang miskin bukan salah anda, tapi mati dalam kemiskinan 100% anda bersalah.'

kita tinggalkan si miskin. apa kata kita bercakap tentang si kaya pula. kalau lahir sebagai miskin bukan satu kesalahan, macam mana pula bagi yang kaya? dia minta ke lahir dengan emas keliling? tuah ayam nampak di kaki... tapi tuah manusia..?
andai korang bercakap bagai nak rak lahir dalam keluarga yang serba kekurangan, cuba pikir, pernah tak nampak mak bapak gaduh pasal duit? pernah tak ikat perut makan megi selama seminggu sebab tak sampai hati nak bebankan masalah tanggungan mak bapak? pernah tak usaha sedaya upaya buat part time bagai semata-mata nak beli apa yang dihajati sebab tau parents tak kan mampu belikan even benda tu murah? pernah tak budget duit sehari mesti guna tak lebih lima hinggit walau kebulur macam mana sekalipun? kalau tak pernah.., korang belum lagi termasuk dalam golongan tersebut, golongan serba kekurangan.
bersyukur lah dapat bernafas di muka bumi ni sebagai seorang yang di manja dengan kebendaan walau lumrah manusia tak pernah puas dengan apa yang ada. ada henpon latest, pakai baju up to date, mampu makan macD tiap minggu. bersyukur lah Nak. tapi sesuatu yang berharga kalau mudah mendapatnya, tak lagi terasa ia berharga kan..??!
macam mana andai suatu masa, segala kesenangan hidup kita di rampas sekelip mata (dituju untuk golongan hidup senang). adakah korang akan hargai apa yang tinggal? atau hanya salahkan takdir Tuhan semata? tak senang nak jadi senang tapi tak susah nak jadi susah kan? tak mustahil si kaya akan lebih hidup merempat dari si miskin yang sedia miskin.
hargai apa yang ada. hidup ini cuma pinjaman semata.

Friday 22 June 2012

Masa Ibarat EMAS?

Masa yang berlalu tak boleh di undur lagi. Macam mana kamu boleh kata MASA ITU IBARAT EMAS? Emas pun boleh di pajak-pajak. Masa yang berlalu, mampu ke pergi cari di kedai pajak?
Kalau mesin masa tu wujud macam dalam cerita MIB tu, akan aku kembali ke setiap minit yang telah aku sia-sia kan. Walau aku terpaksa terjun dari bangunan setinggi itu pun aku sanggup... (cakap berani..,cer buat tengok)

Tidak ada apa-apa yang boleh di ibaratkan dengan masa. Aku ngaku, masa itu sangat berharga. Ok, macam usia kita jugak, usia yang muda tak kan boleh di kembalikan betul? Zaman kanak-kanak main hula hoop dulu cuma akan tinggal dalam kenangan betul? Walau anda mampu beli kapal selam pun anda tak mungkin dapat beli masa.
'Masa' kalau di gabung dengan 'lah' maka akan menjadi 'MASALAH'. Jadi jangan sesekali mencari masalah, cari lah masa. Aku sebagai manusia biasa pun selalu lalai dengan masa. Time management aku is really suck. I admit lah.. Aku perlu someone to teach me how to not waste my masa. 
Masa tak mungkin akan tunggu kita, tapi siapa kata kita tak boleh kejar masa? Tak perlu beri masa untuk berubah, tapi beri lah PELUANG.

Monday 18 June 2012

Berdamai lah...

"apa pegangan kamu?"
"maksud?"
"kepercayaan kamu?"
"tuhan?"
"kamu percaya tuhan?"
"ya...tp mungkin mereka tidak"
"siapa yg suruh kamu percayakan tuhan?"
"ibu.., ayah..,hati ini kuat menyatakan tuhan itu wujud"
"apa yg ibu dan ayah kamu katakan tentang tuhan?"
"tuhan itu menyuruh kebaikan dan menidakkan kejahatan"

Siapa kita, dari mana kita datang, apa asal-usul kita, apa warna kulit kita, dan walau apa pun kepercayangan dan pegangan hidup kita, tiada kita yg di ajar untuk mengikut kejahatan. Jadi kenapa kita masih mahu membezakan antara manusia? Bagi aku manusia itu hanya ada dua, manusia yang membuat kebaikan dan manusia yang berbuat jahat. 


Tidak adil jika kita sebagai manusia hanya mendekati mereka yang punya rupa sama seperti kita (agama, bangsa, warna kulit, darjat). Semua orang ada hak yang sama. Beri lah peluang. 


BERDAMAI LAH.. Hidup itu akan menjadi lebih indah.
InsyaAllah...