Saturday 6 October 2012

Kerana CINTA itu Sempurna.

Berilah hati pada yang sudi. Cinta lah kekasih seperti mencintai diri.
Terima dia seadanya. Seperti mana dia menerima kita dengan sepenuh hatinya.

Buku Cinta; Diari perjalanan hidup kau dan aku. Hanya KAU dan AKU. 
Jangan biarkan yang lain merampas buku ini, jaganya ibarat menjaga nyawa.

Mencintai kekasih bererti mencintai kisah silamnya juga. Jangan meminta yang sempurna, kerna lahirnya bukan semalam. Jadikan dia sempurna. Buat dia rasa sempurna. Kerana CINTA itu sempurna.









Thursday 5 July 2012

yang kaya terus kaya

'lahir dalam sebuah keluarga yang miskin bukan salah anda, tapi mati dalam kemiskinan 100% anda bersalah.'

kita tinggalkan si miskin. apa kata kita bercakap tentang si kaya pula. kalau lahir sebagai miskin bukan satu kesalahan, macam mana pula bagi yang kaya? dia minta ke lahir dengan emas keliling? tuah ayam nampak di kaki... tapi tuah manusia..?
andai korang bercakap bagai nak rak lahir dalam keluarga yang serba kekurangan, cuba pikir, pernah tak nampak mak bapak gaduh pasal duit? pernah tak ikat perut makan megi selama seminggu sebab tak sampai hati nak bebankan masalah tanggungan mak bapak? pernah tak usaha sedaya upaya buat part time bagai semata-mata nak beli apa yang dihajati sebab tau parents tak kan mampu belikan even benda tu murah? pernah tak budget duit sehari mesti guna tak lebih lima hinggit walau kebulur macam mana sekalipun? kalau tak pernah.., korang belum lagi termasuk dalam golongan tersebut, golongan serba kekurangan.
bersyukur lah dapat bernafas di muka bumi ni sebagai seorang yang di manja dengan kebendaan walau lumrah manusia tak pernah puas dengan apa yang ada. ada henpon latest, pakai baju up to date, mampu makan macD tiap minggu. bersyukur lah Nak. tapi sesuatu yang berharga kalau mudah mendapatnya, tak lagi terasa ia berharga kan..??!
macam mana andai suatu masa, segala kesenangan hidup kita di rampas sekelip mata (dituju untuk golongan hidup senang). adakah korang akan hargai apa yang tinggal? atau hanya salahkan takdir Tuhan semata? tak senang nak jadi senang tapi tak susah nak jadi susah kan? tak mustahil si kaya akan lebih hidup merempat dari si miskin yang sedia miskin.
hargai apa yang ada. hidup ini cuma pinjaman semata.

Friday 22 June 2012

Masa Ibarat EMAS?

Masa yang berlalu tak boleh di undur lagi. Macam mana kamu boleh kata MASA ITU IBARAT EMAS? Emas pun boleh di pajak-pajak. Masa yang berlalu, mampu ke pergi cari di kedai pajak?
Kalau mesin masa tu wujud macam dalam cerita MIB tu, akan aku kembali ke setiap minit yang telah aku sia-sia kan. Walau aku terpaksa terjun dari bangunan setinggi itu pun aku sanggup... (cakap berani..,cer buat tengok)

Tidak ada apa-apa yang boleh di ibaratkan dengan masa. Aku ngaku, masa itu sangat berharga. Ok, macam usia kita jugak, usia yang muda tak kan boleh di kembalikan betul? Zaman kanak-kanak main hula hoop dulu cuma akan tinggal dalam kenangan betul? Walau anda mampu beli kapal selam pun anda tak mungkin dapat beli masa.
'Masa' kalau di gabung dengan 'lah' maka akan menjadi 'MASALAH'. Jadi jangan sesekali mencari masalah, cari lah masa. Aku sebagai manusia biasa pun selalu lalai dengan masa. Time management aku is really suck. I admit lah.. Aku perlu someone to teach me how to not waste my masa. 
Masa tak mungkin akan tunggu kita, tapi siapa kata kita tak boleh kejar masa? Tak perlu beri masa untuk berubah, tapi beri lah PELUANG.

Monday 18 June 2012

Berdamai lah...

"apa pegangan kamu?"
"maksud?"
"kepercayaan kamu?"
"tuhan?"
"kamu percaya tuhan?"
"ya...tp mungkin mereka tidak"
"siapa yg suruh kamu percayakan tuhan?"
"ibu.., ayah..,hati ini kuat menyatakan tuhan itu wujud"
"apa yg ibu dan ayah kamu katakan tentang tuhan?"
"tuhan itu menyuruh kebaikan dan menidakkan kejahatan"

Siapa kita, dari mana kita datang, apa asal-usul kita, apa warna kulit kita, dan walau apa pun kepercayangan dan pegangan hidup kita, tiada kita yg di ajar untuk mengikut kejahatan. Jadi kenapa kita masih mahu membezakan antara manusia? Bagi aku manusia itu hanya ada dua, manusia yang membuat kebaikan dan manusia yang berbuat jahat. 


Tidak adil jika kita sebagai manusia hanya mendekati mereka yang punya rupa sama seperti kita (agama, bangsa, warna kulit, darjat). Semua orang ada hak yang sama. Beri lah peluang. 


BERDAMAI LAH.. Hidup itu akan menjadi lebih indah.
InsyaAllah...

Sunday 17 June 2012

Homesick

kenapa ye kalau kita x buat apa2 masa tu pun seolah berenti jugak mcm kita...
tp kalau kita busy sama jugak dgn masa tu busy sangat berjalan..,

setiap hari aku tunggu,, why n whyyy lah?? masa mcm tanak bergerak je
flight ticket pun dah print (mesti ayah bangga selepas setiap hari di call oleh beliau suruh print),
and aku sgt2 rindukan Penang tu...
Lantak la deorang2 nak cakap aku lupa tempat asal ke whatever,
hakikatnya,,di situ org2 yg aku sayang sekarang
maka di situ jugak la hati aku melayang

every single day mak akan call sekarang nie..,
actually mmg tiap hari mcm tu..,dr dulu zaman sekolah sampai sekarang zaman ber universiti
(sayang mak..hihi)
ok pastu ayat mak yg paling x boleh blah ialah
'dikda bila nak balik?'
'awat mak..? kan tiket dikda 19 haribulan ni..'
'oo..sungguh jugak,,ni mak tunggu dikda balik,nak bg keja ni'
'keja pa...? kan dikda cuti..'
'balik cuti sehari, lepas tu keja na...hehe,, dua kedai dok tunggu..pilih nak jaga yg mana'
'apaaaa....?? pasai pa dikda yg kena...? cuti tu...., CUTI la mak'
'oh tak dak-tak dak,,mana buleh balik dok menyenang saja, bila lg nak dapat pekerja FREE,, masa nie la mak nak ambik peluang...hehehe'
oooo mak.....pandai buat rancangan ea..,dikda belum sampai penang lg dah mcm2 menunggu rupanyee

ooh rindu lah nak dengar mak punya plan lg
ada jer idea dlm kepala dia
rindu nak tgk ayah tido kat sofa
rindu nak gaduh2 manje dgn kakcik
rindu nak berebut remote tv dgn qayyum
rindu nak jadi baby sitter si kecik qisya
and of coz rindu nak ber dating dgn buah hati

mmg hati aku dah melayang jauh ke penang nie
tp....itu bkn maksudnye sabah ni x best
i LOVE my kawan2 baik di sini
sayang korang sangat2...semester depan kita ber gilak lg di UMS okeh darlink!

Wednesday 7 March 2012

lelaki dan kereta

mau tafsir lelaki?? senang jerr.....
jom kita cek,,
cara lelaki jaga kereta dia... maksudnya tahap kebersihan di dalam kereta,, jika bahagian dlm kereta sentiasa bersih, tiada sampah, kerap d vakum, mcm itu la juga seorang lelaki akan menjaga kekasih hatinya nnt dr segi keperibadian kekasihnya.. dia akan sentiasa mahu kekasihnya punya nilai2 yg murni dan bersopan santun gitew :)
kita cek bahagian luar kereta dia pula.. berhabuk atau tidak?? kalau berhabuk dgn teruknyaa... maw basuh 2 minggu sekali pun susah, ermm agak susah nie utk seorang lelaki tersebut ambil berat psl kekasih dia, maksudnya tahap caring dia kpd kekasih dia juga adalah d tahap yg rendah.. kesian siapa yg jd girlfren dia nnt :( dan begitu juga sebaliknya..!
next..kita cek enjin kereta dia jomm...! selalu x d servis?? kalau selalu... UNTONG laa..... sebab mcm itu lah juga cara seorang lelaki tersebut akan menjaga hati kekasihnya nnt,, dia akan sentiasa pastikan hati kekasihnya d jaga dan sebolehnya dia x kan mahu utk menyakiti hati kekasihnya itu...
mau cek apa lagi?? ok jom kita test drive!! naik kereta dia,, dan suruh dia pandu kita ke mana2.. tengok gaya pemanduan dia.. adakah dia pandu dgn berhati-hati..? atau mcm mau drift saja??? hmm hmmm gaya pemanduan mereka itu sebenarnya mempengaruhi gaya permainan mereka nnt... apabila kamu telah sah sebagai sUaMi iStErI...!! oOoppssS.....!!!

- hak cipta terpelihara -

Monday 5 March 2012

4 Fasa Cinta

Fasa Pertama
  • tiap hari berbunga-bunga
  • bunga taik ayam pun d kata wangi
  • si dia kentut pun boleh d cubit manja
  • alwayz ckp 'i syg u la'.. 'u syg i x..?'
  • dunia nie mcm dorang jek yg punya
  • tiap hari maw update status d FB psl c polan2
  • lagu cinta paling sesuai...... YUNA - TERUKIR DI BINTANG

Fasa Kedua
  • time nie dah start jelez2
  • 24 jam asyik nampak dia aje
  • 'tgh watpe dia skg'.. 'dgn sape dia skg'.. 'dia ingat aku x'... bla bla...
  • mula rasa curiga, mula x yakin dgn cinta dia,, kadang2 rasa mcm syok sendiri gitew
  • mulai saat ini,, mandi x basah, tido x lena..
  • then terkeluar la lagu ROMAN - KILAFAIRY FEAT ROMAN


Fasa Ketiga
  • fasa paling susah nak tempuh
  • ramai yg kecundang di fasa ini
  • apa yg selalu tjadi ialah,, salah seorang akan mula berasa bosan dgn hubungan yg d lalui
  • mula cari jalan keluar dr cinta yg d bina.. merasakan ingin bebas dan cinta ini satu kesilapan
  • pasangannya yg masih menaruh harapan perlu bertindak,, pasangan perlu kembalikan memori fasa pertama andai mahu hubungan ini berjaya
  • namun dua2 pihak harus main peranan.. pasangan yg bosan td juga harus berusaha ingat kembali memori dulu2 jika masih syg kan kekasihnya.
  • lagu cinta yg sesuai jika hubungan terhenti tika ini.... SESAAT KAU DATANG - RAMLAH RAM

Fasa Keempat
  • fasa yg di nanti2
  • semua halangan berjaya di tempuh
  • time nie kalau ada ombak badai sebesar tsunami pun x goyah dah
  • kalau tetiba nampak pasangan tgh makan dgn org lain pun mesti akan think positif..
  • mesti akan selalu ckp... 'ooh u are my soulmate'...... eeiye!
  • jd x payah ler tunggu lama2 lg
  • paling mantap time nie lagunye ialah... SELAMAT PENGANTIN BARU - ANITA SARAWAK

-hak CIPTA terpelihara-

    Wednesday 22 February 2012

    resepi bahagia

    percaya padanya
    harus jujur
    sayang
    respect each other
    ... mula meniti bahagia ...

    Tuesday 21 February 2012

    thank u

    last night... 20.02.12
    i'll never forget
    thank u so much :)
    im happy...yes, i am.

    Monday 20 February 2012

    hanya kepada Mu aku berserah...

    sebagai manusia biasa, kita hanya mampu merancang. Namun sebaik-baik rancangan adalah dtg drpd Nya jua. Sesungguhnya aku redha dgn ketentuan Ilahi... Kau lbh mengetahui apa yg terbaik utk umat Mu ini... Syukran Ya Allah... Aku mula meniti bahagia kini. Dugaan yg Kau berikan dulu mengajar aku mengenal dunia, mengenal lembutnya lidah, menjadikan aku diri aku pd hari ini. Aku terima seadanya segala ketentuan Mu. Aku yakin, CINTA kpd Mu adalah cinta yg hakiki.

    Friday 20 January 2012

    hatiku di kinabalu

    skg tgh cuti semester.. bosan x terkata,, penat tiap mlm jd keluang gurl, hehe sebenarnye on9.. siang2 membuta. sbb da terlalu bosan.. wlaupun bru 5 hari aku cuti (camne nak hadapi sebulan lg haa) so aku godek2 la koleksi movie yg aku simpan dlm netbook aku.. tiba2 aku tnampak 1 movie ni tajuk dia "hatiku di kinabalu". cite ape nie? tp aku ingat lg, aku amik cita nie kat miera, roomate aku kat U sna... aku terpaut utk copy cita ni sbb 'kinabalu'.. fyi aku skg ialah pelajar tahun 1 kat Universiti Malaysia Sabah. masa 1st time aku sampai sna, iaitu 4 bln yg lps, pkara ptama yg ada dlm fikiran aku ialah aku nak daki gunung kinabalu! tp bla aku selidik2 rupanye kos utk org semenanjung naik ats gnung tue 2 kali ganda lg mahal dr org sabahan rupanye.. klu sabahan dlm 300 lbh dkt 400 jgk, klu aku?? haa kira sendiri.. hehe tu bru kos utk student...jd terpaksa la aku tangguhkan dulu niat aku tu.. then berbalik kpd cita td, aku t'pikir, ni mesti drama swasta ni, sbb x penah lak aku dgr cita nie masuk panggung.. msti ntah sape2 pelakon dia kan...ish ntah2 cita zmn mak aku dlu kot.. haish x baik la buruk sangka, baik aku layan dlu cite nie, klu x best, tukar je tgk cite len..
    skali aku tgk jer cita nie... mak aai Yana la belakon! yee Yana yg comel tuuuuu........ dia jd org Sabah plk! haha series comel giler! nyesal lak x tgk cita ni awal2.. walaupun Yana ckp sabah kdg2 dgr kelakar, tp menjadi la.. n hero dia lak kdg2 nampak kaku jee..hehe sory ye tp boleh gilap lg bakat dia.. ok2 yg penting INI DRAMA AIR MATA.. aku lak x sedia tisu td, mmg abes baju aku basah hehe. aku mcm dpt faham perasaan c Yana dlm cita tu.. bila takdir menentukan yg bahagia dia cuma sekejap, kasih sayang dia d rampas perempuan lain walaupun keadaan yg memaksa perkara tu terjadi.. bg aku... drama nie patut d FILEMkan...jadikan ia satu karya yg mahal... sbb jalan cita dia sgt menarik, pelakon dia pun boleh tahan... lg pun diorang boleh perkenalkan negeri Sabah n budaya kat sana... aku yg baru 4 bulan tgl sana pun da rasa mcm hatiku d kinabalu daa walaupun blom penah sampai lg... maksud aku, sesape yg cuba jinak2 kan diri dgn suasana d sana,boleh jatoh cinta! tp bkn dgn orang sabahan yer, dgn budaya diorang ok. so, kpd sesapa yg lom tgk cita nie lg, jom kita layan sama2 bah! then korang pikir la, patut x drama nie d bawa lebih jauh.

    alaa...da berjam try upload vid cita nie kat blog aku,tp internet slow sgt... xpela amik jela link nie
    hatiku di kinabalu layan yer :)

    Saturday 14 January 2012

    not much to say

    regret..
    aku benci musuh, aku benci membenci org, aku b'harap tiap mlm aku dpt maafkan suma org yg menyakiti aku. i feel regret when i cant do dat... ada yg membuat aku b'sedih. namun ada yg membuat aku tenang. sesungguhnya aku b'syukur d kelilingi org yg aku syg, dan yg menyayangi  aku. my family, faisal, arbayani n her bf, nana, dewi, lina, elvarisa... thank u ALLAH. d saat aku d benci, atau mungkin d dendam.. aku x tahu, mungkin dosa silam ku sendiri, Dia masih lg memberi pengganti kpd ku.. mungkin seorang membenci.. mungkin dua orang.. tp lebih dr itu yg lbh syg! Kau x kan menguji d luar kemampuan umat mu...
    Assalammualaikum :-)

    Saturday 7 January 2012

    belog baru....lagi

    hy.., this is my third blog actually
    selepas blog2 ku yg lain di hack
    aku masih x jemu mencipta blog baru
    ha ha ha